Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 11, 2012

8 perkara yang perlu untuk kehamilan yang sihat..

 Assalamualaikum..
Entry kali memang penting untuk semua bakal-bakal ibu tau..sebab time pregnant la kesihatan tu kene jaga betul betul..kalau ibu sihat insyaallah baby pun sihat gak kan..sebab saya ni memang malas nak taip panjang panjang dan banyak banyak..so saya pun dengan xtau malu nya telah meng'copy' and 'paste direct dari sini

1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau ke

sihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.
Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5. Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6. Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.
 
harap harap info ni dapat la membantu sikit sebanyak bakal bakal mama kat luar sana..

Wednesday, November 7, 2012

bila boleh shopping barang baby ni???

Assalammualaikum...

normal untuk semua mama to be dok pikir bila waktu yang sesuai untuk beli barang baby kan..
tapi kalau ikut cakap orang dulu-dulu..xelok beli awal awal..
takut nanti jadi ape ape kat baby nangis xsudah nanti..
tapi pada saya lak..xkisah la nak beli time bila pun..
bile rase nak beli then beli je la..
ye la barang baby pun bukan murah murah tau..
kang nak beli sejepuk camtu..mak aii..
let say anything happen la kat baby tu kan..
redha je la..kalau Allah da tentu kan nak wat camne kan..
ade je kes yang da sembilan bulan pun boleh xselamat gak kan..
ade pun da kuar da tapi xpanjang umo..
minta la di jauhkan..

in my case..baru preggy 4month lebih saya da beli sikit sikit da..
xtahan la bila masuk kedai baby..
semuanya comel comel..kalau ikut hati nak rembat je semua..
setakat ni da preggy 21wk da 7helai baju baby saya beli..
romper 2 helai..towel 2 helai..sock 4pair..napkin 1 pack..mama beg..changing mat..
Insyaallah bulan ni saya beli baju lagi, blanket, mitten, hmm benda benda basic untuk baby dulu..
nextmonth nak target breast pump ngan feeding bottle lak..
stroller pun da start survey..seriusly online lagi murah..
kat sini siap boleh bayar ansuran ngan ada sistem kutu lagi..

Monday, November 5, 2012

usaha saya untuk pregnant..

Assalammualaikum...

kisahnya...
saya da kawen about 1year baru saya betul-betul preggy..
maksudnya before dis sy da 2 kali preggy tp xde rezeki setiap kali 5week je sy da miscarried..
first time tu bulan nov 2011 then dalam april 2012..
tp Alhamdullillah 23 july 2013 sy pregnant lagi..
perasaan sy happy nye hanya Allah je yang tau..
ye la kan sape yang kawen xnak anak kan..nak-nak perempuan jenuhses macam saya ni..
untuk nak cepat-cepat pregnant ni macam macam sy buat..tapi tu la kerja ALLAH kan.. 
hanya Dia je yang tau bila masa yang sesuai utk bagi rezeki pada kami..
nak tau ape yang saya usahakan???

1. sujud selepas subur
lepas je kita salam tahyat akhir tu..kita sujud balik..
time sujud tu mengucap 100x sambil niatkan hajat nk dpt zuriat dlm ati..
then amalkan juga selawat lailla anta subhanaka innikuntum minal zholimin..

2. banyakkan makan buah kurma
memang salah satu khasiat buah kurma ni untuk kesuburan gak..
ni memang sy betul2 buat..sebulan before sy di sahkan pregnant..
buah kurma ni da macam jajan sy da..
everyday nk kene makan..yang pasti setiap kali makan sy akan amek kuantiti yg ganjil..

3. pati delima gulsan
yang ni memang saya da lama minum..since early 2012 lagi..

4. buah zuriat dan debunga kurma.
buah zuriat ni sy minum sekali je..sebab nak kopek dia bapak susah..
saya rebus buah jantan dan betina then air rebusan dia sy ng hubby minum..
serbuk debunga kurma tu lak..sy campurkan ng madu asli..
jadikan dia macam makjun..then setiap pagi ng mlm saya ngan hubby makan sorang sebijik..

5. dapatkan rawatan fertility
yang ni saya rase memang kene pergi private hosp..
kalo g gomen memang dorang xlayan kalo belum setahun kawen..
nanti gynae tu akan check rahim kita..
before dia nk bagi clomid dia akan buat hsg dulu..
hsg tu untuk tau tiub kita tersumbat atau x..
then kalo xsumbat baru dia proceed clomid..
clomid ni ubat subur..in my case..period sy memang reg tapi telur xbape nk besar..
so function clomid ni besarkan telor sy gak la..
clomid ni sy amek 2cycle je..then da preggy..


ape ape pun..kita jangan berhenti berusaha, berdoa n tawakal..
tapi serius sakit hati bila tengok perempuan yang senang sangat nk get pregnant then senang senang buang baby..pastu lex je diorang bersalin..



taken 23 july 2012 otw utk double confirm wt gynea..
mr hubby hadiahkan..




my wedding..





assalammualaikum..
ini adalah entry lame yg da berlapok..
lepas kawen terus jadi pemalas tahap gabannye utk update blog..
sekarang baru cam ade rajin sikit nak update blog..
nanti sy update pasal prehoneymoon ng honeymoon lak yerk..




hehe kutek ng kak ngah pun da kawen..
plus sekarang pun kak ngah da ade baby..

miss dis moment..

henna done by mentari kreatif@kak erni..



bertandang pun make up n dais done by mentari kreatif..


centerpieces yg di done by me n mom..

the dais

photo edit by my lil bro..

angle headband done by alice florist for my m.i.h









my hantaran..done by ssf melaka..
nikah pun make up by kak erni..

vacation - honeymoon-star cruise-sg-penang-phuket-uss


Assalmmualaikum...
actually ni entry yg da bertahun di save..
tapi disebabkan kemalasan yang terlampau entry bergambar ni da jadi perkasam..
sekarang boleh la kita anggap ini adalah entry jeruk gambar..